Soalan:
Sejak kebelakangan ini, banyak perubahan yang telah berlaku dengan
pantas di di Kyrgyzstan. Pada 8.4.2010 yang lalu, pembangkang telah
berjaya menggulingkan Bakiyev. Mereka telah berjaya merampas kekuasaan
dan Bakiyev telah melarikan diri ke bandar kampung halamannya di
bahagian selatan negara itu. Pada 16.4.2010, beliau lantas menghantar
surat perletakan jawatan lalu berpindah ke Kazakhstan. Negara yang
pertama mengiktiraf revolusi tersebut dan 'memberkatinya' adalah Rusia,
sebagaimana perbualan telefon antara Perdana Menteri interim Roza
Otunbayeva dan Perdana Menteri Rusia Vladmir Putin pada hari Khamis,
8.4.2010 iaitu hari yang sama kerajaan sementara memerintah. Ini
bermakna, Rusia turut terlibat atas apa yang telah terjadi.
Persoalannya, mengapa Russia mahu Bakiyev digulingkan sementara ia
sendiri yang telah membawanya ke tampuk kekuasaan dalam revolusi melawan
Akayev pada tahun 2005, dan menyokong pilihanraya pada 23.7.2009?
Apakah kerana beliau tidak menutup pangkalan tentera Amerika yang
berpusat di Manas sehingga menyebabkan Russia bertindak mengusirnya?
Jawapan:
Ya, semua penunjuk mengarah kepada Rusia di sebalik kejatuhan Bakiyev,
tapi bukan kerana beliau memperbaharui sewa pangkalan tentera Amerika di
Manas sebaliknya menutupnya. Sebenarnya, Russia masih dalam perjanjian
atas sisa pangkalan di Manas sewaktu Bakiyev berkuasa. Malahan Russia
menyokongnya dalam pilihanraya pada 23.7.2009 setelah beliau
memperbaharui kontrak sewa tersebut pada 15.7.2009. Tambahan lagi
,dokongan Rusia dalam kempen pilihanraya begitu hebat, sehingga
Presiden Rusia Medvedev sendiri datang pada 2.8.2009 ke Kyrgyzstan untuk
mengambil bahagian dalam upacara pelantikan yang diadakan untuk
Bakiyev!
Ini bermakna tindakan Rusia tidak didorong oleh pembaharuan perjanjian
sewa untuk pangkalan tersebut. Bahkan kerajaan baru yang didokong oleh
Rusia sejak dari asal mempunyai perjanjian atas pengkalan tersebut,
ianya satu perkara disebut secara jelas oleh para pemimpin revolusi.
Oleh kerana itu Rusia tidak mempunyai masaalah dengan pembaharuan sewa
atas pangkalan tersebut sejak dari awal lagi, dari segi politik,
pangkalan tersebut dapat menyelamatkan imej Russia dari dilihat
bersekongkol dengan dasar jahat AS . Russia menganggap pangkalan Manas
sebagai transit , iaitu, sebagai pintu keluar-masuk ke Afghanistan,
sebuah negeri Islam yang merupakan musuh Rusia dan Amerika.
Selanjutnya, tidak ada peranan lain dalam urusan dalaman yang mampu
mengekang pengaruh Russia.
Apa yang sebenarnya menjadi kemarahan Rusia sehingga bertindak untuk
menghapuskan Bakiyev, bekas agen mereka, adalah masalah lain. Berikut
diketengahkan kronologi yang dapat menerangkan hal ini:
Richard Holbrooke, pada 19.02.2010 utusan Amerika ke Afghanistan, telah
melakukan kunjungan ke Uzbekistan dan Kyrgyzstan dan bertemu dengan
presiden kedua-dua negara. Laman web "Russia Today" melaporkan daripada
"Interfax Rusia" pada 19.2.2010 tentang perbincangan di antara
Holbrooke dan Presiden Bakiyev, "Prospek hubungan bilateral dan situasi
di Afghanistan, dan kedua-dua belah pihak saling bertukar pandangan
mengenai situasi di Afghanistan jauh dari sorotan, dan membincangkan
cara untuk mengaktifkan kerjasama untuk kepentingan kedua-dua negara."
Beliau juga menyebut bahawa pejabat akhbar presiden Kyrgyzstan
melaporkan dari Bakiyev bahawa ia mengumumkan bahawa, "Negaranya
mengambil berat akan pentingnya dan keutamaan untuk membangunkan
hubungan Kyrgyz-Amerika dan pengaktifan kerjasama bilateral. Interfax
Rusia melaporkan berita itu dan dipercayai telah menambah frasa," jauh
dari sorotan "., iaitu secara rahsia jauh dari mata Rusia sehingga Rusia
tidak tahu apa yang telah dipersetujui antara Bakiyev dan Amerika.
Ini merupakan gambaran dari Rusia bahawa sesuatu yang signifikan telah
berlaku antara Presiden Kyrgyzstan dan Amerika.
Pada 17.3.2010, "Russia Today" melaporkan bahawa "Amerika Syarikat
baru-baru ini mengumumkan peruntukan $ 5.5 juta untuk membantu
Kyrgyzstan dalam membina sebuah pusat latihan bagi unit khas untuk
memerangi keganasan di Batken." "Russia Today" telah menemuramah
Alexander Kniazev, pengarah cabang serantau Institusi think-tank CIS di
Bishkek tentang pusat tersebut, dia menjawab, "Amerika Syarikat boleh
menggunakan pusat ini untuk mencapai kepentingan Amerika di Asia Tengah.
Slogan memerangi keganasan hanya alasan untuk mencapai tujuan Amerika
seperti yang berlaku di Iraq dan Afghanistan". Dia menambah, “ melalui
projek-projek di Asia Tengah, Amerika berusaha untuk mencabar dan
bersaing dengan Rusia dan Cina di kawasan itu."
Russia mempunyai keraguan tentang kunjungan Holbrooke ke Kyrgyzstan,
pertemuannya dengan Presiden Bakiyev jauh dari sorotan, rahsia
perjanjian antara kedua-dua belah pihak – yang termanifestasi dengan
tertubuhnya pusat latihan khas “memerangi keganasan” oleh Amerika di
Kyrgyzstan - dan perekrutan unit-unit khas dengan dalih apa yang disebut
kontra-keganasan, untuk menguatkan pengaruh Amerika di Kyrgyzstan, di
mana ia kemudiannya boleh bertapak ke daerah lain.
Perjanjian untuk mendirikan sebuah pusat latihan untuk pasukan khas oleh
Amerika, atau dengan kata lain, untuk melatih agen-agen Amerika di
Kyrgyzstan, adalah hal yang menyedarkan Rusia dan bermakna Amerika
sedang cuba melangkau sempadan toleransi Russia. Oleh kerana itu Russia
bergegas menggerakkan rampasan kuasa demi menyekat dasar-dasar Bakiyev
yang memberi ruang dan menjalin hubungan dengan Amerika, dan jelas
bahawa Rusia sangat teruja dengan keberhasilan dalam melaksanakan
rampasan kuasa terhadap Bakiyev.
Di pihak Amerika, ianya merupakan suatu kejutan. Juru cakap Jabatan Luar
Negeri, Philip Crowley, mengumumkan "keprihatinan yang mendalam atas
ketidakstabilan di Kyrgyzstan," tambahnya lagi, "Kami percaya bahawa
kerajaan masih berkuasa, dan Amerika Syarikat tidak mempunyai maklumat
bahawa pembangkang telah mengambil alih" (News of the World, 7.4.2010).
Hal ini menunjukkan bahawa Amerika bimbang tentang apa yang berlaku dan
tidak menyokong pembangkang, dan lebih mesra dengan Kerajaan dibawah
Bakiyev. Amerika kemudianya telah menutup pangkalanya di Kyrgyzstan
selama tiga hari dan kemudian dibuka kembali selepas pemimpin kerajaan
interim Kirgistan Rosa Otunbayeva mengumumkan bahawa pangakalan AS tidak
akan terjejas dan akan tetap berpegang dengan perjanjian sebelumnya.
Akur dengan keadaan semasa, Amerika Syarikat secara senyap mengiktiraf
kerajaan baru dengan menghantar utusannya, Penolong Setiausaha Negara,
Robert Blake, untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan baru di
Kyrgyzstan. Dia mengumumkan bahawa Amerika Syarikat puas hati dengan
janji-janji kerajaan baru untuk menjamin kewujudan pangkalan Amerika di
Manas, dan ini merupakan gambaran yang cukup besar bahawa Amerika
sekarang terpaksa akur dengan keadaan semasa, terutama kerana ianya
tetap menjamin kewujudan pangkalan udara Manas, dan ini menunjukan
bahawa Amerika tidak dapat berbuat apa apa terhadap keadaan semasa, di
mana Bakiyev telah melarikan diri ke kampung di bahagian selatan negara,
dan dari sana telah berpindah ke Kazakhstan.
Dengan demikian, Amerika tidak mempunyai pilihan, selain daripada
menghadapi realiti baru, walaupun hanya sementara. Manakala Rusia telah
melakukan rundingan atas situasi semasa di Kyrgyzstan. Timbalan Menteri
Luar Negeri Rusia, Gregory Karasin, telah bertemu dengan duta besar AS
di Moscow, John Beyrle, pada 13.4.2010. Keduanya berbincang tentang
situasi di Kyrgyzstan, dan menunjukkan bahawa mereka telah bersetuju,
sehingga keduanya menggesa "Kembali ke keadaan normal di negeri ini!"
Sungguhpun begitu, konflik akan berterusan antara Rusia dan Amerika di
wilayah itu, dan akan termanifestasi dalam berbagai tindakan dan
bentuk, dan pergolakan politik, ekonomi dan sosial.
2 Jamadil Awal 1431 H
16 April 2010
Jumaat, 18 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan