Ads 468x60px

Selasa, 15 Disember 2009

Penunjuk perasaan fasis sepatutnya menyalahkan kerajaan mereka sendiri

LONDON 6 Dis. - Seramai 11 orang telah ditahan manakala seorang pegawai polis dimasukkan ke hospital apabila demonstrasi oleh kumpulan penentang Islam bertukar menjadi ganas di pusat bandar raya England, semalam.

Pegawai polis wanita berusia 29 tahun cedera di lengan ketika mengawal tunjuk perasaan oleh Liga Pertahanan Inggeris (EDL) itu, tetapi anggota yang lain tidak mengalami kecederaan serius, menurut polis Nottinghamshire.

Kira-kira 500 anggota EDL telah mengadakan beberapa tunjuk perasaan menentang Islam, sambil menyanyikan lagu kebangsaan England ketika berkumpul di bandar. Kebanyakan mereka menutup muka dengan kain sambil melaungkan slogan: 'Kami mahukan negara kami semula' dan membawa sepanduk tertera ayat: 'Lindungi wanita, Tiada undang-undang Syariah' dan 'Jangan Mengalah'.

Satu demonstrasi balas oleh Pertubuhan Penentang Fahaman Fasis yang mendakwa EDL adalah pertubuhan bersikap perkauman turut diadakan di kawasan berhampiran walaupun pihak polis telah meminta mereka beredar.

Kebimbangan tentang imigrasi dan pelampau Islam di Britain telah dibawa oleh Parti Kebangsaan Britain (BNP), yang menggunakan platform anti-imigrasi dan berjaya bertapak dalam pilihan raya tahun ini di Eropah.
EDL telah mengadakan beberapa siri tunjuk perasaan di seluruh Britain sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Di setiap kota mereka berdepan dengan bantahan dan pergaduhan meletus.

Kumpulan itu menafikan mereka bersikap perkauman dan hanya 'menentang militan Islam'. Namun, anggota-anggotanya telah melaung-laungkan slogan anti-Islam dan menunjukkan isyarat tabik ala-Nazi. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia, 07/12/2009

Ahad, 6 Disember 2009

Demonstration by EDL in Nottingham, UK.

Hari ini, saya buka laman web BBC Nottingham. Maklumlah, terkenangkan tempat tersebut setelah 4 tahun duduk di situ. Secara tak sengaja, saya terjumpa artikel ini dan begitu banyak komen oleh penduduk di sana....
Antara pihak yang terlibat dalam demonstrasi itu ialah

- English Defence League (EDL)
- Scottish Defence League (SDL)

Kedua-dua persatuan ini cenderung ke arah bermusuhan dan anti-Islam. Kemudian, sebagai tindak balas, beberapa buah persatuan iaitu Unite Against Fascism, Scotland United dan Scottish Islamic Foundation akan membuat demonstrasi terhadap EDL dan sekutunya.

Demonstrasi merebak dari Nottingham hinggalah ke Birmingham. 

Jumaat, 4 Disember 2009

Kad Grafik Mengikut Tahap Kecanggihan

Berikut adalah Kad Grafik dari Kelas 1 hingga Kelas 6. (1-Paling Canggih --- 6-Paling Lemah)

Class 1

Class 2

Class 3

 

» GeForce 8800M GTX SLI
» Mobility Radeon HD 3850 X2
» GeForce 9800M GTX
» GeForce 9800M GT
» GeForce 9800M GTS
» GeForce 8800M GTX
» GeForce 9700M GTS
» GeForce Go 7950 GTX SLI
» GeForce Go 7900 GTX SLI
» GeForce 8800M GTS
» Quadro FX 3600M
» GeForce Go 7950 GTX
» Quadro FX 3500M
» GeForce 8700M GT SLI
» Mobility Radeon HD 3870
» Mobility Radeon HD 3850
» GeForce Go 7800 GTX SLI
» GeForce Go 7900 GS SLI
» GeForce Go 7900 GTX
» Quadro FX 2500M
» GeForce 8600M GT SLI
» GeForce 9700M GT
» GeForce Go 7900 GS
» GeForce 9650M GS
» Quadro FX 1600M
» GeForce 8700M GT
» Quadro NVS 320M
» Quadro FX 1500M
» GeForce Go 7800 GTX
» Mobility Radeon HD 2600 XT
» Mobility Radeon X1900
» Mobility Radeon X1800XT
» Mobility Radeon X1800
» GeForce Go 6800 Ultra
» GeForce Go 7800

 

» GeForce 9600M GT
» Mobility Radeon HD 3670
» GeForce 9600M GS
» GeForce 9500M GS
» Mobility Radeon HD 3650
» Quadro FX 570M
» GeForce 8600M GT
» Mobility Radeon HD 2700
» GeForce Go 7600 GT
» Mobility Radeon HD 2600
» GeForce 9500M G
» GeForce 8600M GS
» GeForce Go 7700
» GeForce Go 6800
» Quadro FX Go 1400
» Mobility Radeon X800XT
» Mobility Radeon X1700
» Mobility FireGL V5250
» Mobility Radeon X2500
» GeForce Go 7600
» Quadro NVS 300M
» Mobility Radeon X800
» Mobility Radeon X1600
» Mobility FireGl V5200
» Mobility Radeon 9800
» GeForce Go 6600

 

» Mobility Radeon X1450
» Mobility Radeon X700
» Mobility FireGL V5000
» GeForce 8400M GT
» Quadro NVS 140M
» Mobility Radeon X1350
» Mobility Radeon X1400
» GeForce 9300M G
» GeForce 9300M GS
» GeForce 9200M GS
» Mobility Radeon HD 3470
» Mobility Radeon HD 2400 XT
» Quadro FX 360M
» GeForce 8400M GS
» Quadro NVS 135M
» Mobility Radeon HD 3450
» Mobility Radeon HD 2400
» Mobility Radeon HD 3430
» Radeon HD 3200
» Graphics Media Accelerator (GMA) 4700MHD
» GeForce 8400M G
» Graphics Media Accelerator (GMA) 4500MHD
» Quadro NVS 130M
» GeForce 9100M G
» GeForce 8200M G
» GeForce Go 7400
» Quadro FX 350M
» Quadro NVS 120M
» GeForce Go 7300
» Quadro NVS 110M
» Mobility Radeon X600
» Mobility FireGL V3200
» Mobility Radeon X2300
» Mobility Radeon HD 2300
» Mobility Radeon 9700
» Mobility FireGL T2e
» Mobility FireGL V3100

Selasa, 1 Disember 2009

Ekonomi Kapitalisme Ekonomi Yang Menindas Rakyat

Rakyat Malaysia boleh terima GST

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh dilaksanakan memandangkan cukai perkhidmatan dan jualan yang ada sekarang akan dihapuskan, kata Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan AmInvestment Bank (Penyelidikan Ekonomi), Manokaran Mottain. "GST boleh diterima oleh rakyat Malaysia jika ia dilaksanakan dengan pengurangan cukai individu, memandangkan GST akan menjadi beban tambahan kepada pembayar cukai," katanya semasa mengulas mengenai Rang Undang-undang GST. Beliau berkata, pelaksanaan struktur baharu cukai itu sebaik-baiknya dilaksanakan pada 2011 atau 2012 kerana sekiranya dilaksanakan lebih awal, orang ramai tidak bersedia.