Ads 468x60px

Ahad, 7 Mac 2010

Kebaikan Tiga Permainan/Sukan

Sudah lama sebenarnya saya nak menulis tajuk ini. Tapi agak sibuk memanjang. Saya nak cerita sedikit mengenai sukan yang sangat digalakkan oleh Islam. Sehinggakan Allah s.w.t memberi pengiktirafan terhadap sukan tersebut melalui hadis Rasulullah s.a.w.

1) Berenang
     
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim)

Helikopter Malaysia usir lanun Somalia

KUALA LUMPUR - Kapal perang Malaysia, KD Inderasakti semalam sekali lagi berjaya mengusir sekumpulan lanun daripada menawan sebuah kapal tangki minyak milik India di perairan Somalia.
Sebelum ini, kapal KD Inderasakti berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan lanun daripada menawan sebuah kapal komersial China di Teluk Aden pada 18 Disember lalu.


Ketua Lembaga Maritim Antarabangsa, Noel Choong berkata, kapal tangki minyak India itu menghala ke Terusan Suez apabila diserang oleh lanun-lanun yang menaiki dua buah bot pada pukul 11.37 pagi waktu Malaysia.

KD Inderasakti yang mengetuai satu konvoi kapal kira-kira 15 batu nautika daripada tempat kejadian kemudiannya menghantar sebuah helikopter selepas menerima panggilan kecemasan kapal tangki India.

"Kumpulan lanun itu yang menyedari kehadiran helikopter tersebut kemudiannya berhenti menembak sebelum menghilangkan diri," kata Choong. - AFP
Menurutnya, tiada kelasi yang mengalami kecederaan dan kapal itu yang mengalami sedikit kerosakan kemudiannya menyertai konvoi KD Inderasakti. - AFP

Komen: 
Sungguhpun berita ini telah disiarkan pada bulan disember tahun lepas, penulis tetap akan memberi komen. Tiada apa yang boleh dibanggakan.... Lanun/ The Pirate King yang sebenar adalah para kapitalis USA, China dan sekutunya. Somalia adalah negara miskin. Pemerintahnya adalah boneka kuffar. 'Lanun-lanun' itu adalah saudara seislam kita...pernahkah kita terfikir kenapa mereka berbuat begitu?

Somalia adalah negara yang kaya dengan hasil galian bumi. Macam-macam ada bawah perut bumi Somalia. Malangnya, para kapitalis membolot semua. Sayangnya, pemerintah Malaysia rela menjadi 'anjing' USA dan para kuffar... ikut sahaja...Kerana hendak mengharumkan nama negara, saudara kita dibiarkan. Ya, itulah Malaysia Boleh!

InsyaAllah, panji-panji Islam akan datang dari arah timur. Mudah-mudahan ia akan bermula di Nusantara ini. Bersama-samalah kita menegakkan semula Khilafah.

Memanah - Hadis Rasulullah

Bersabda Rasulullah S.A.W.
"Adakah kamu tahu bahawa kekuatan itu ada pada memanah? "
 
Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: "Aku adalah seorang pemanah." Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata:
"Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya."

Diriwayatkan dari Rasullullah S.A.W. adalah baginda melihat seorang lelaki dari sahabat baginda yang dipanggil dengan gelaran Habib, badannya kurus dan ia pernah menjadi seorang pemanah. Maka bersabda baginda kepadanya, "Apa yang engkau lakukan dengan panahmu dan badanmu?". Dijawab oleh lelaki yang berada di samping Habib, "Dia telah meninggalkan memanah dan kini menumpukan kepada beribadat". Maka sabda Rasulullah S.A.W. :
"Demi Allah, yang mengutuskan aku dengan kebenaran, kerjamu sekarang ini (beribadat) tidaklah lebih utama dari kerjamu yang engkau telah tinggalkan itu (memanah). Oleh itu Habib kembalilah memanah".

Diriwayatkan dari mereka yang dipercayai bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda:
"Sesiapa yang memanah satu anak panah dalam perang sabilillah, sama ada kena pada musuh atau tidak, adalah baginya satu martabat di sisi Tuhannya".

Dari sabda Nabi S.A.W. :
Sesungguhnya malaikat tidak akan hadir dalam permainan kamu yang sia-sia kecuali perlumbaan (pacuan) dan permainan senjata. Serta bersabda Nabi S.A.W.: "Pelajarilah oleh kamu memanah maka sesungguhnya di antara dua jarak memanah itu (jarak pemanah dan sasarannya) adalah bandingannya seumpama satu taman dari taman-taman Syurga" .

Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakhael, sesungguhnya ia telah berkata:
"Busur panah yang ada di rumah merupakan sokongan dalam mengerjakan sembahyang".

Telah bersabda Nabi S.A.W. :
"Memanahlah kamu wahai Bani Ismail, sesungguhnya datuk moyang kamu adalah ahli-ahli pemanah".

Bersabda Nabi S.A.W. ketika dalam peperangan Uhud :
"Panahlah olehmu wahai Saad (Saad bin Abi Waqas), aku pertaruhkan bapa dan ibuku ditanganmu".

Sabtu, 6 Mac 2010

Pembohongan Di Sebalik Bantuan Kemanusiaan Barat

Pembohongan Di Sebalik Bantuan Kemanusiaan Barat

altMengapakah negara-negara Barat begitu bersemangat untuk pergi ke negeri-negeri yang sedang dilanda bencana? Adakah tujuannya untuk memberikan pertolongan atau mempunyai tujuan yang lain? Adakah negara-negara kapitalis mempunyai sikap mengambil berat terhadap rasa kemanusiaan sehingga mereka sanggup bersaing untuk melakukan ‘penyelamatan’  ke atas orang-orang miskin dan orang-orang yang sakit di kalangan umat manusia?! Atau adakah  mereka menyembunyikan belati beracun di sebalik jubah bantuan kemanusiaan ini? Adakah asas ideologi kapitalis mengenali erti nilai kemanusiaan sehinggakan mereka harus menghantar pasukan penyelamat, kapal terbang dan kapal laut mereka untuk melakukan ‘penyelamatan’ ke atas umat manusia yang sedang ditimpa bencana?!

Khamis, 4 Mac 2010

DUKA UMAT INI HANYA AKAN TERUBAT DENGAN KHILAFAH

DUKA UMAT INI HANYA AKAN TERUBAT DENGAN KHILAFAH

[SN210] Mutakhir ini isu buang bayi muncul kembali menghiasi dada-dada akhbar. Bayi-bayi malang ini antaranya ditemui di tempat pembuangan sampah bahkan ada yang dibakar. La haula wa la quwwata illa billah. Apakah dosa bayi-bayi ini sehingga diperlakukan sedemikian rupa? Akal yang waras menyatakan bahawa kerja terkutuk ini hanya boleh dilakukan oleh para penzina yang tidak sanggup menanggung malu hasil perbuatan fahsya’ yang mereka kerjakan. Belum pun reda isu tersebut diperbincangkan, beberapa hari lepas, negara digemparkan pula dengan berita kematian adik malang Syafia Humairah Sahari (3 tahun), yang menemui ajal dengan penuh seksa dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya sendiri. Selain kematian si anak yang menyayat hati itu, pihak Jabatan Agama kini masih menyiasat si ibu kerana kesalahan bersekedudukan tanpa berkahwin. Kejadian ini sungguh menyayat hati kerana ia melibatkan sepotong tubuh kecil yang tidak mengerti apa-apa, tidak bermaya dan langsung tidak dapat mempertahankan dirinya dari sebarang bahaya yang sedang dihadapinya.