Ads 468x60px

Ahad, 13 Mac 2011

Insurans Produk Kapitalis

Premium insurans tak masuk akal

KUALA LUMPUR 10 Mac - Penyokong kerajaan dan pembangkang hari ini 'bersatu' menyelar syarikat-syarikat insurans kerana mengenakan premium yang tidak masuk akal terhadap kenderaan lama berusia lebih 10 tahun dan insurans pihak ketiga sejak dua tahun lalu.

Sambil menyifatkan dua langkah itu sebagai tidak munasabah, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, peraturan baru tersebut telah menyusahkan rakyat terutama penduduk di luar bandar.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengkaji semula kadar dikenakan itu sejak dua tahun lalu kerana jelas membebankan rakyat ekoran harga premium insurans yang terlalu tinggi.

''Ini isu serius. Oleh itu Kementerian Kewangan dan BNM perlu melihat masalah ini kerana ia tidak memberi keadilan kepada rakyat di kampung-kampung. Kebanyakan kenderaan mereka adalah kenderaan lama. Peraturan ini langsung tidak munasabah.

''Munasabah ke premium insurans kereta lama lebih tinggi daripada kereta baru. Begitu juga dengan pembelian insurans pihak ketiga, mengapa kadarnya terlalu tinggi?'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Isu mengenakan premium insurans pihak ketiga yang terlalu tinggi pernah dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula operasi syarikat-syarikat insurans kerana perjalanan perniagaan mereka adalah secara menipu.

''Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah perniagaan insurans. Berlaku sahaja kes kemalangan berpuluh tahun baru selesai. Saya minta satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau operasi mereka kerana mereka ini adalah penipu paling besar di negara ini," katanya.

Mohamed dalam pada itu turut mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu syarikat insurans yang baru sebagai alternatif bagi syarikat insurans sedia ada.

''Kalau masalah ini tidak selesai, apa kata Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans baru yang boleh menjual insurans dengan harga berpatutan. Namakan sahaja insurans ini, insurans 1Malaysia. Jangan terima lagi syarikat-syarikat insurans yang sedia ada sekarang," ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee ketika mencelah telah meminta isu yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading itu meliputi pembelian insurans hayat.

Chong Chieng Jen (DAP-Kuching) di dalam perbahasannya juga bersetuju supaya kadar premium insurans pihak ketiga diturunkan bagi meringankan beban rakyat.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bagaimana syarikat-syarikat insurans ketika ini memaksa pelanggan membeli polisi insurans kemalangan peribadi sebelum dikeluarkan polisi insurans pihak ketiga walaupun kerajaan tidak membenarkan ia berlaku.

''Itu belum dikira caj tambahan (loading) yang turut dikenakan kepada pelanggan. Apabila dicampur kedua-duanya dan ditambahkan dengan bayaran premium insurans pihak ketiga sudah tentu harganya tinggi dan membebankan.

''Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini," katanya.

Akibatnya beliau berkata, harga premium insurans pihak ketiga yang dahulu dibayar sekitar RM70 sehingga RM80 tetapi sekarang harganya antara RM100 hingga RM200.

''Bank Negara ini butakah, takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Mengapa kerajaan tidak ada penyelesaian sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat trak penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan, termasuk caj tambahan.

Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa Bank Negara dalam mengawal syarikat-syarikat berkenaan.

Meskipun katanya, telah ada arahan supaya syarikat-syarikat insurans tidak boleh memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan namun perkara itu masih berleluasa.

Sumber: Utusan Online 11/03/2011

Khamis, 10 Mac 2011

SN251 - YA ALLAH! HAPUSKANLAH DIKTATOR DAN SEGERAKANLAH BERDIRINYA KHILAFAH

[SN251]Gelaran the mad man (lelaki gila) ke atas Kolonel Muammar Gaddafi sememangnya tepat dan tidak dapat dinafikan, malah dia kini kelihatan sedang mengalami delusi dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Si diktator Libya itu nampaknya semakin ganas membunuh rakyatnya dengan mengerahkan tentera untuk berbuat demikian. Hingga kini angka korban masih tidak dapat dipastikan, namun ada yang menyatakan ia telah mencecah 2000 orang. Terbaru, dilaporkan bahawa tentera pro-Gaddafi yang dilengkapi kereta kebal dan senjata antipesawat cuba merampas kembali bandar Zawiyah dalam pertempuran selama enam jam dengan menyerang kedudukan puak yang menentangnya dari enam arah. Namun puak penentang tersebut berjaya mematahkan serangan tentera dalam pertempuran di Zawiyah itu, kira-kira 50 kilometer di barat Tripoli.

Petronas Merompak Harta Milik Umum Berbilion-bilion Ringgit

Untung sebelum cukai Q3 Petronas melonjak kepada RM30.149 bilion
KUALA LUMPUR 2 Mac — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM30.149 bilion dalam tempoh suku ketiga berakhir 31 Disember 2010 berbanding RM20.528 bilion pada suku yang sama pada 2009.

Perolehan meningkat 12.4 peratus kepada RM60.041 bilion berbanding RM53.436 bilion sebelumnya berikutan jumlah serta harga minyak mentah yang lebih tinggi.  Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2010, syarikat itu mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM69.746 bilion berbanding RM51.733 bilion pada tempoh yang sama pada 2009.  Perolehan syarikat meningkat 15.8 peratus kepada RM175.586 bilion berbanding RM151.612 bilion sebelumnya.  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, syarikat itu terus mencatat prestasi asas yang kukuh pada suku ketiga meskipun kos semakin meningkat dan impak pengukuhan ringgi berbanding dollar Amerika Syarikat (AS).  "Prestasi keseluruhannya meningkat yang ditunjukkan menerusi peningkatan pulangan ke atas purata modal yang digunakan (ROACE) daripada 25 peratus kepada 28.2 peratus,” katanya pada sidang akhbar untuk mengumumkan keputusan syarikat di sini hari ini. 

Jumlah aset meningkat kepada RM430.5 bilion berbanding RM410.9 bilion sehingga 31 Mac 2010, terutamanya disumbangkan oleh keuntungan tunai daripada penawaran awam permulaan (IPO) PCGB dan MHB.  Jumlah hutang kepada nisbah jumlah aset berkurangan kepada 0.11 kali setakat 31 Disember 2010 berbanding 0.13 kali pada 31 Mac, 2010 hasil daripada pinjaman yang lebih rendah hasil pengukuhan ringgit serta jumlah aset yang lebih tinggi.  Shamsul Azhar berkata, Petronas akan membelanjakan RM50-RM55 bilion setahun dalam tempoh lima tahun untuk menggantikan aset yang sudah lama bagi meneruskan pertumbuhan mampan pada masa depan.  Beliau berkata, pada puratanya lebih 60 peratus medan pengeluaran utama minyak di Malaysia berusia 26 tahun.  "Perbelanjaan modal yang ketara diperlukan untuk mengekalkan integriti masa depan aset-aset lama ini,” katanya.  Sementara itu, Shamsul berkata, Petronas juga akan mengubah tahun kewangannya daripada Mac kepada Disember berkuat kuasa 1 April, 2011.  Beliau berkata perubahan tahun kewangan itu adalah sebahagian daripada transformasi semasa. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia: 02/03/11

Isnin, 7 Mac 2011

Youtuber pengecut - Siapa gerangannya?

Salam kepada semua pembaca,

Lama saya tak update blog ini. Nak ringkaskan cerita, minggu lepas saya ada tonton video di youtube.
Video yang bertajuk : Taliban Justice in Swat Valley

Owner: WrathofKhan - umurnya 44 tahun dalam profail youtube nya.
Lelaki ini ternyata bukan Islam walaupun namanya ada khan (india?) di belakangnya......seorang yang pengecut, cubalah sesiapa berdebat dengan dia. Nescaya lelaki bedebah ni akan kalah...... jawapan yang diberikan takde satu pun yang benar-benar masuk akal.... Dia akan pusing, konar sana, konar sini.... lip lap lip lap balik semula ke persoalan asal.......

Kehilangan Khilafah : Potret Suram Terhadap Muslimah

Genap 87 tahun sudah Khilafah Islam dihapuskan oleh sang pengkhianat ejen British iaitu Mustafa Kemal Attaturk.  Episod terburuk dalam sejarah kehidupan umat Islam itu terjadi tepat pada 3 Mac 1924.  Sejak itu pelbagai masalah dialami oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak terkecuali muslimah.  Kejatuhan Khilafah itu menyebabkan muslimah menghadapi pelbagai musibah disana sini.  Diantaranya ialah dominasi sistem sekular kapitalisme terhadap sistem Islam, terpinggirnya aturan Islam di negeri kaum muslimin sendiri dan berlakunya serangan fizikal kaum kafir terhadap negara umat Islam termasuklah ke atas muslimah.